Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Thursday, September 23, 2010

Untitled entry

untuk makluman sume, seorang sahabat skolah menengahku telah pergi menghadap seruan Illahi... die pergi tanggal jumaat 17hb, bersamaan 8 syawal... buat Mohammad Farhan bin Zailani, moga kamu aman dan tenang di sana... buat yg mengenali beliau dan yg menjengah blog ni, tlg ihsankn al fatihah buat kwn saye ni...

berkejar utk siapkan sume kije2 skolah yg betimbun n mcm x surut2 ni... insya Allah, lain masa saya sambung entry ni... masey terasa kehilangannya, n rasa terkilan n terkejut lg...

semoga arwah di tempatkan di kalangan org yg beriman... Amin...
Tika ini, 1 per 1 pergi meninggalkan, kalian yg disayangi, yg aku ingati... kuatkan hati ini... redha dgn ape yg terjadi...

andai aku mati, buat sahabatku, jgn dilupai aku, kenanglah aku dlm doamu...

Friday, September 3, 2010

MuKtAmAd...

untuk kesekian kalinya,
akan ku buktikan pada seantero dunia,
aku bukanlah aku yang dipermainkan,
biarpun hati tidak sekuat diri,
namun aku tidak akan menoleh lagi,
tidak akan aku tunduk pada insan prejudis,
tidak akan aku hirau pada sahabat di angin lalu,
tidak akan aku kesah tentang perasaan,
tidak akan aku lemah dengan kata penuh hipokrasi,
dan ini sebagai tanda DEKLARASI pada diri sendiri,
NOKTAH!!!