Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Monday, May 17, 2010

Pencarian Hakiki

hingga detik waktu ini,
ku labuhkan tirai semangatku,
moga di segenap ruang ini,
aku tidak lagi bersendiri.

namun, utuhnya kenyataan itu pasti,
sungguh aku bukanlah pejuang panji-panji pelangi,
kerana selalunya langit biru itu pasti hilang serinya,
dan saat itu, aku pasti bersendiri.

dalam hidup ini,
bukanlah terlalu mencari keduniaan,
biarpun kamu seorang yang tersohor,
pasti ada tikanya kamu sepi.

moga aku bisa menjadi pejuang itu,
berjuang mencari kedamaian,
kedamaian tanpa sebarang kesedihan,
sungguh saat ini amat sukar.

Saturday, May 1, 2010

hari ini untuk kamu sahaja

yaaa... sungguh puitis bebenor title entry ni...
alkisahnya, smlm lepas abes land law nye paper, aku gerak lewat gk, plus sebab bwk keta makanya aku sangkut ngn traffic jam yg amat onar sekali... waaaa, nk nanges dh time tu... dhla keta aku ni air cond-nye pun xde... bayangkanla cmane situasi itu menyesahkan aku... haish~
dlm keta mak tepon kate nk g umah acu, dinner kt sane... Yeay!!! seronok sbb bley jumpe opah aku yg dh lame x dtg cni, adela dlm 3 bulan lbey... dh smpai umah, tepikir pulak alang2 dh g umah acu tu, basuh baju kt sane terusla (ni sebab aku dh malas nk pulas pakaian aku sendiri!!!)
sblm g tu mak aku dh masak siakap sweet sour n kailan ikan masin... bwk nasi skali g umah acu aku... almaklumla ramai tentera nye, paklong, pakngah, pakcik n sepupu2 aku ramai 'gathering' di sana...
smpai kt umah dlm kol 1.30am mcm tu... (sungguh bersosial btol famili aku ni) aku dh terlupe rupenye 1 may ni D.O.B seorg kanak2 periang ni... makanya sepantas kilat tanganku mencapai hp free aku lalu jari-jemari ini cekap menekan 'keypad'nye, "selamat ulang tahun ke 21." lps dh taip n dah send baru perasan aku tulis ulang tahun bukannye hari jadi, ya Allah, ape kejadahnye sume ni...
dan untuk arini, cuti umum 1 malaysia sebagai tanda sumenye menghargai kelahiran kamu... kire mcm dh taraf kelahiran institusi beraja la ni... ya memang HARI INI UNTUK KAMU SAHAJA!