Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Tuesday, August 23, 2011

Mujahadah demi Hakiki

di kala mendungnya mentari di ufuk hati, sinarilah hati dgn mengingati Illahi...

tika gelapnya harapan di dlm kehidupan sendiri, terangilah dgn usaha yg utuh berdiri...

pabila kelabunya pendirian disebalik prinsip jati diri, putihkanlah dgn keazaman yg padu mengisi...

di saat pudarnya rasa kasih & sayang di antara silaturrahim, kuatkanlah dgn selalu mengingati & redha membiarkan pergi...

mungkin, satu saat nnt kamu akan mengerti apakah itu kehidupan hakiki atas segala mujahadah yg kamu lalui...

Monday, August 22, 2011

Liku-liku Hidup

berpayahan namun senang sahaja pergi... apelah daya kiranya... x mampu untuk digapai... kepayahan mendidik sabar & sabar itu indah walaupun tuntutan Illahi... mungkin, bila lenyap baru diingati... hidup bukan untuk mengenang nasib, hidup bererti berkorban, berjuang... hidup bukan perlu dihargai, namun mencari yang akrab, rapat, menyayangi, mengasihi sesuatu yg belum pasti lg... berbahagialah, mungkin esok tiada lg...

Antara Iman, Anutan & Perhubungan

andai aku merenggangi kerana kepercayaanmu, jahil lah aku... begitu juga sebaliknya, andai perilaku kamu begitu... kepercayaan utuh semat pada hati & iman, bukan pada keakraban sesuatu perhubungan... x sedikit pun kepercayaan itu pudar andai hati & iman benar2 yakin dgn kepercayaan... bagiku kepercayaanku, bagi kamu kepercayaanmu...

Tuesday, August 2, 2011

Telah Mencoba Mungkin Gagal...

coba kamu coba, namun gagal itu mungkin... kamu yg mencoba namun yg kamu lakukan itu bagai sia-sia mungkin... kamu bukan mahukan dia, yg kamu mahukan tali ikatan & rasa gembira tika adanya erti sahabat... disalahertikan itu mungkin... terlalu drastik juga mungkin... kamu bukan tidak mencuba mencari seperti dia, namun lewat masa dulu, berjumpa dan telah mencoba mungkin telah gagal juga... tidak mengapalah, kamu cari yg lain yg sama seperti dia mungkin... & dia, kamu merayu janganlah kamu dilupakan...