Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Wednesday, September 7, 2011

Perjuangan Belum Berakhir

tika ini, doa itu menjadi pengiring diri,
bukan diri tidak selalu teringat,
cuma waktu ini, doa itu menjadi lebih berat,
berat atas pengalaman dunia demi akhirat.

saat ini, langkah perlu lebih panjang lagi,
akal juga harus tabah & kuat pasti,
kata-kata bukanlah mainan hati,
demi mencari keredhaan Allah yang hakiki.

waktu ini, buangkan segala kesedihan,
relakan segala pemergian,
rapatkan semua perhubungan,
kerana kasih sayang itu adalah kurniaan.

dalam hidup ini, bukanlah payah menghadapi ujian diri,
kerana lemahnya aku segalanya menjadi amat payah sekali,
lemah dengan percaturan & perjudian prinsip sendiri,
moga segalanya menjadi mudah kembali.