Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Monday, May 17, 2010

Pencarian Hakiki

hingga detik waktu ini,
ku labuhkan tirai semangatku,
moga di segenap ruang ini,
aku tidak lagi bersendiri.

namun, utuhnya kenyataan itu pasti,
sungguh aku bukanlah pejuang panji-panji pelangi,
kerana selalunya langit biru itu pasti hilang serinya,
dan saat itu, aku pasti bersendiri.

dalam hidup ini,
bukanlah terlalu mencari keduniaan,
biarpun kamu seorang yang tersohor,
pasti ada tikanya kamu sepi.

moga aku bisa menjadi pejuang itu,
berjuang mencari kedamaian,
kedamaian tanpa sebarang kesedihan,
sungguh saat ini amat sukar.

2 comments:

Amirul Syafiq Mahadi said...

ya...cur lagi...padan muka...hahahaha

fendi razali said...

cis! cheesecake btol!!! x abes2 ngn cur dia... besela kn, captain cur... hahahahaha :P