kalaupun kamu bukanlah yang terbaik dpt ku gapai,
aku tetap syukur atas segala yang kamu berikan...
kalaupun kamu bukanlah yang sempurna dapat ku miliki,
aku tetap menerima apa adanya kamu...
kalaupun kamu tidaklah yang sering ada di sisi,
setiap detik waktu bersama aku hargai...
kalaupun kamu bukanlah milik aku sepenuhnya,
akan ku coba berupaya menjadi milik kamu akhirnya...
biarpun apa yang kamu rasa itu sungguh asing,
namun tidak asing lagi bagi apa yang aku rasa...
biarpun semua mata menumpu penuh soal ragu,
namun tidak aku hairan dengan semuanya...
biarpun ini semua hanyalah angan-angan semata,
namun jauh di sudut hati aku impikannya...
biarpun kamu bertanya penuh soal dalam fikiran,
lepaskanlah segala persoalan dan teruskanlah...
kerana yang pasti, aku adalah aku yang bukan sempurna...
kerana kamu juga adalah kamu yang bukan sempurna...
kerana aku dapat rasa apa yang kamu rasa...
kerana aku selalu berharap kamu merasa apa yang aku rasa...