Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Monday, August 2, 2010

I’m tHe OnLy oNe...

I'M THE ONLY ONE…
Yang selalu merasakan ibu ayah itu adalah wali-wali keramat
Yang selalu merasakan family itu kekuatan dalam kehidupan
Yang selalu merasakan sahabat itu sebahagian dari kehidupan
Yang selalu merasakan kehidupan ini ibarat pentas lakonan sementara

I'M THE ONLY ONE…
Yang hanya mengutip secebis kasih sayang
Yang hanya mengutip segenggam rasa gembira
Yang hanya mengutip sedikit rasa kebahagiaan
Yang hanya mengutip sekelumit belas ihsan insan lain

I'M THE ONLY ONE...
Yang sering diperjudikan hidupnya
Yang sering disalahertikan
Yang sering diperlakukan sewenang-wenangnya
Yang sering dihamburkan rasa prejudis

I'M THE ONLY ONE...
Yang acapkali memenuhi kepentingan semata
Yang acapkali menjadi pengisi lompong-lompong kecacatan
Yang acapkali dijadikan mediasi antara rasa kasih dan duka
Yang acapkali hati dan perasaannya di pandang enteng sahaja

JUSTERU...
Apakah kalian tidak pernah merasakan semua yang aku rasa?
Apakah kalian tidak punya rasa, hati, naluri yang berprasangka?
Apakah kalian merasa adil diperlakukan sedemikian rupa?
Apakah tiada lagi ruang agar aku tidaklah apa yang aku rasa?

4 comments:

anis shafikah said...

Nice words but do believe that you'll never alone :) (Ad-Dhuha:3)

fendi razali said...

thanks anis... many thanks! ;)

fakhriyahramli said...

bukan hati kau tak pernah di luka oleh luka yang sama, tapi kau tak serik untuk hanya jadi diri kau yang terlalu putih, jadi andai putih kau masih tak di lihat putih oleh mereka, bergembiralah, berbahgialah, bukan semua berfitrah putih..dan kamu adalah yang terpilih..

jgn penat buat dan jadi baik, allah ada ganjarannya..

Sophie Al-Yahya said...

orang tak nampak apa dalam hati, ya memang pun. Tapi kalau ada perkara yg boleh melegakan hati cubalah untuk lupakan yang sedih itu.

"akan datang senyuman selepas air mata"