Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Saturday, October 23, 2010

ExAm MoDe: BeRsEdiAkAh?

salam ukhuwah buat sume...
selame 18 hari lg ni untuk menghabiskan final exam yg bakal menjengah tiba 26hb ni...
disini sedikit tentatif final exam:
26/10/2010 - TUESDAY
2.15pm - 5.15pm
DEWAN ANNEXE
LAW531 - JURISPRUDENCE I

29/10/2010 - FRIDAY
8.30am - 11.30am
DRMM (Seksyen 7)
LAW605 - FAMILY LAW I

02/11/2010 - TUESDAY
2.15pm - 5.15pm
DEWAN KOMPLEKS SUKAN
LAW510 - INTERNATIONAL LAW I

07/11/2010 - SUNDAY
2.15pm - 5.15pm
DEWAN ANNEXE
LAW604 - LAW OF ASSOCIATION I

10/11/2010 - WEDNESDAY
9.00am - 12.00pm
DRMM (Seksyen 7)
LAW534 - LAW OF INSOLVENCY I

moga2 aku n sume gang aku bley buat... x lupe gak kengkawan sebatch yg byk mencurahkan tabur bakti, jasa keringat, suka duka hilai tawa kalian... jumpa sume di puncak kejayaan!
CHAIYOK! CHAIYOK!
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Lapangkanlah dada kami,
Bukakanlah pintu hati kami,
Untuk menerima segala ilmu yg dipelajari,
Jadikanlah kami hamba2 yg bersyukur,
Atas segala nikmat kurniaan,
Yang Engkau berikan kepada kami,
Moga kami tetap pada redha,
Hidup dibawah lembayung rahmat tuhan kami, Ya Allah,
AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Sunday, October 17, 2010

T0L0nGlAh...

perlu ke buat private & kne request bagai...
kalu mahu menghentam, hentam sehabisnye...
kalu mahu berkata, cakap sekuatnye...
kalu mahu mengutuk, kutuk terus terang...
jangan ditulis, disorokkan...
jangan buang sembunyi tangan...

tolonglah, hati aku berdetik & aku boley rasa...
takpelah, terpulang engkau untuk mengatakan aku...
sungguh mulai saat ini, perang dingin ditarik dari picunya...
takkan aku teragak-agak selepas ape yg  berlaku...
engkau bukanlah yg aku sangkakan...
kepentingan engkau memadam segalanya...

semua itu telah jelas...
bagai mencarik hati yang telah sakit...
engkaulah yg menyemarakkan api dalam hati...
lantaklah dengan pelbagai kata & persepsi sekeliling...
sudah puas aku memadam api ini...
namun, kesabaran aku telah musnah terbakar sama sekali...

salahkanlah aku sepuas hati kamu...
katakanlah aku egois menentang hati yang berpekerti...
katakanlah bagaimana harus aku menjaga hati...
hati yang telah engkau sakiti...
akan ku kenang sampai ke mati...
sungguh semua ini tidak membawa apa-apa erti...

SUNGGUH AKU BENAR-BENAR KECEWA!!!

Saturday, October 16, 2010

BENGANG!!!

BUAT KALI INI, TAKKAN AKU TERAGAK-AGAK MELONTARKAN SEGALA ISI BUANA RASA... SUNGGUH BENARLAH APA YANG AKU SANGKAKAN SELAMA INI...

TOLONGLAH, DALAM HIDUP INI BUKAN SEMUA BENDA BOLEH MENJADI GELAK KETAWA SINDIRAN SINIS ORANG LAIN, BUKAN JUGA UTK DIJADIKAN BAHAN SARKASTIK SANTAI DENGAN LAFAZ HAHAHAHA DI SETIAP HUJUNG KATA-KATA YANG LANGSUNG TIDAK BERTULANG!

MELEDAKKAN RASA BERSALAH ITU MEMANG "SKILL" KAMU,
MEMBANGKITKAN RASA SAKIT DI HATI ITU JUGA MEMANG "MAKANAN" KAMU,
MAKA TIDAK HAIRANLAH AKU JUGA MENJADI SALAH SATU DARI "SKIL" & "MAKANAN" KAMU ITU,

HEBAHHKANLAH SATU DUNIA,
KECOHKAN JUGA SATU DUNIA,
PROPAGANDAKAN KE SELURUH DUNIA,
YANG AKU INI ORANG KEJAM TIDAK BERHATI PERUT!

KALAU KAMU MAHU KATAKAN MAHU,
MINTAK APA SAHAJA, ANDAI MAMPU PASTI DIPENUHI,
JANGAN DICANANGKAN BAGAI SATU LAUTAN BESAR SALAHNYA AKU,
SUDAHLAH... SUNGGUH HAL INI MENYENTAK EMOSI, AKAL, HATI YANG BERPERASAAN!

Sunday, October 3, 2010

Bila Rasaku Ini Rasamu

untuk kesekian kali, cukuplah sekadar pernyataan ini:

apalah dayanya aku jika kalian tidak merasakannya,
biarpun aku banyak menyimpan dari meluahkan,
ku harap agar kalian semua mengerti,
janganlah dibiarkan segalanya berakhir di sini,
sungguh pengakhiran seperti ini amat pahit & menyakitkan,
tapi andai itu yang kalian mahukan, biarkan saja semuanya berakhir di sini...

t.i.t.i.k...