Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Sunday, October 17, 2010

T0L0nGlAh...

perlu ke buat private & kne request bagai...
kalu mahu menghentam, hentam sehabisnye...
kalu mahu berkata, cakap sekuatnye...
kalu mahu mengutuk, kutuk terus terang...
jangan ditulis, disorokkan...
jangan buang sembunyi tangan...

tolonglah, hati aku berdetik & aku boley rasa...
takpelah, terpulang engkau untuk mengatakan aku...
sungguh mulai saat ini, perang dingin ditarik dari picunya...
takkan aku teragak-agak selepas ape yg  berlaku...
engkau bukanlah yg aku sangkakan...
kepentingan engkau memadam segalanya...

semua itu telah jelas...
bagai mencarik hati yang telah sakit...
engkaulah yg menyemarakkan api dalam hati...
lantaklah dengan pelbagai kata & persepsi sekeliling...
sudah puas aku memadam api ini...
namun, kesabaran aku telah musnah terbakar sama sekali...

salahkanlah aku sepuas hati kamu...
katakanlah aku egois menentang hati yang berpekerti...
katakanlah bagaimana harus aku menjaga hati...
hati yang telah engkau sakiti...
akan ku kenang sampai ke mati...
sungguh semua ini tidak membawa apa-apa erti...

SUNGGUH AKU BENAR-BENAR KECEWA!!!

1 comment:

Anonymous said...

Aku tahu post ni mmg untuk aku...tapi apa salah aku??apa yang aku dah buat?kenapa tetiba aku jugak turut terheret kedalam gelora amarah kau wahai kawan...Aku akan puaskan hati kau wahai kawan...then jelaskan pada aku apa salah aku....legakan hati kau wahai kawan...