Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Thursday, December 16, 2010

Andai Aku Bisa...

kalau aku bisa meletakkan impian di segenap rasa ini,
pasti semuanya akan baik-baik saja.

andai aku mampu mengharungi rasa hina dan caci ini,
pasti akulah insan yang paling sabar di sisiNya.

kalau aku bisa menghilangkan rasa sangsi pada setiap tibanya,
pasti aku tak akan merasakan perasaan duka sebegini rupa.

andai aku tau bahawa timpanya ujian ini sebegini rupa,
akanku persiapkan perisai maha hebat ciptaannya.

mungkin saja aku bisa melewati ini semua...

No comments: