Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Saturday, December 17, 2011

Berulang Kali

mungkin,
mungkin telah berulang kali aku nyatakan.

melihat kebahagiaan insan lain, tertanya pada diri, apakah bahagia itu juga bisa aku kenali?
bila begini, apakah kebahagiaan suatu ketika dulu bisa berulang kembali?
apakah yang sebenarnya ingin aku lewati?
kadang-kadang aku merasa sepi, kurang juga aku merasa bahagia.

mungkin juga bukan kerana aku tidak mengenal segala isi duniawi
bukan juga kerana aku tidak mengenal segala isi dunia hakiki
hidup aku ibarat sesuatu yang aku sendiri terkadang-kadang tidak pasti
cukuplah sekadar aku melihat yang lain
cukuplah aku meletak impian yang tinggi

pengharapan itu boleh jadi suatu yang palsu
bila palsu, apakah aku bisa tangani
bila benar, lupa pula apa makna kehilangan
biarlah, harapan tetap harapan,
sukar untuk terus berharap.

No comments: