Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Sunday, July 25, 2010

Hujan di Kala Semangat Datang

malam ni, dengan semangat gigih aku pulang ke kolej sbb malam ni nk wt discussion utk juris presentation on dis wednesday... namun alangkah sedihnya aku, sehingga saat aku menulis entry ni, aku masih di bilik keseorangan bertemankan hujan malam yg mungkin tidak akan berhenti redanya... terkadang aku terfikir sungguh benar segala apa yg dirancang itu berlaku atas kehendakNya jua... dan atas sebab hikmah ini, biarpun semangat datang di  kala hujan ini menitis jatuh ke bumi, aku tetap bersemangat...

owh tuhanku, bantulah aku menghadapi segala payah jerih hidup ini... atas kehendakmu segala yg berlaku... maka moga hiduplah aku dlm redhamu selalu di bawah payung keredhaanMu... berilah aku keberkatan hidup, moga aku senang menghadapi segalanya... sungguh benar, terkadang aku juga lupa yang aku insan kerdil di dunia ciptaan karya agungMu ini, ya Allah ya Tuhanku...

No comments: