Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Tuesday, July 19, 2011

Lembaran ini Wasiat Buat Diri

Bertemankan cahaya bulan malam, pena ini menulis lagi. Kali ini, bukan kisah duka, hampa, sedih menyelubungi, tetapi satu lembaran baru kehidupan.

Satu sketsa hidup untuk dilayari, rencananya sama saja, cuma olahan dan tingkahnya berbeza. Di dalam bait-bait detik hidup, segalanya akan tersimpan kemas. Dalam setiap stanza kehidupan, semuanya akan dengan pasti diatasi.

Atas nama lembaran kehidupan baru ini, jangan kalah mahupun rasa tandus lagi, walaupun bayak kata suara lain yang mungkin berucap penuh egois, biarkanlah. Aku tetap aku, kamu tetaplah kamu dan kalian tetaplah kalian.

Justeru, tangan menadah memohon ke atasNya. Biar dipermudahkan segala. Pasti awan mendung kelabu itu beransur berarak pergi menjauh. Kelihatan gerak tari riang senang pelangi bertingkah sealun dengan nada gembira kehidupan mendatang. Bakal berbahagialah hati ayng berharap ini. InsyaAllah, amin…

Sunday, July 17, 2011

Perjalanan Ini Masih Jauh

perjalanan hidup ini masih panjang lagi, banyak ranjau dan duri. bila aku lemah, bukan bermaksud aku goyah. bila aku meluahkan, bukan bermaksud aku berkeluh kesah.

mengertilah, percaturan hidup ini amat payah. terkadang diri terbawa dengan hati yang mengikut perasaan. terkadang berfikir dengan akal yang matang waras.

selagi engkau manusia, fitrah sebegini ada dengan kamu. lumrah kamu sebegini rupa. maka janganlah dijuah-juahkan, dijelik-jelikkan dan dimainkan-mainkan setiap kata dan tingkah itu.

hidup ini pentas dugaan dunia, kuat akal, semangat dan hati akan menabur benih-benih syurga di sana. usaha cekal akan menjadi baja benih-benih syurga itu.

khilafnya kamu mengikut kata hati, jangan dijaja sebesar dunia salahnya. ada ketikanya khilaf itu mengajar tentang keduniaan yang sifatnya sementara. jangan dirasakan kecewa andai tiada upayanya. jika benar itu dunia semata, biarkanlah.

berharap pada payung rahmat dan redha ALLAH, pasti segala dugaan dilihat indah saja. dugaan itu sekadar membatasi kemampuan dan benteng imannya. kuatkan hati, cekalkan semangat, redhakanlah hati, hilangkanlah segala rasa gundah, buang rasa kecewa, pasti kemanisan itu lahir disetiap kepayahan meniti rencam kehidupan ini.

Friday, July 15, 2011

Mungkin...

di akhir bait-bait kata, kekuda tingkah, & alur-alur akal, setuju bukan tempatnya di sini... mungkin khilafku, owh~ alangkah baik andai tiada direalitikan... mengumpul untuk memulang semula segala cebisan pahit manis kenangan... mungkin~

Thursday, July 14, 2011

Hari Ucapan

ucapan itu mungkin biasa, tapi tidak bagiku. aku tau mana lipatan kenangan manis, mana parut luka igauan hitam.

hari ini, kamu dalam ingatanku. moga dengan hari ini, aku akan selalu mengenangmu.

hari ini, hari anugerah Pencipta buatmu. hanya hari ini yang akan menguatkan tali sahabat aku dan kamu.

happy 23rd birthday to my dearest friend or aka coming soon Dr.!

walau saat ni pendek, namun aku gembira.

Ku Cari Damai di Hati

disuatu sudut hidup ini, aku lihat tiada apa yang lebih bermakna daripada kehidupan bahagia disisi insan tersayang. apalah kiranya andai aku bukan tidak pernah mengecapi saat-saat ini secara total, namun, puing-puing ombak deras menghentam badai perjalanan hidupku, buat aku tersentak, terkedu dengan kehidupan ini.

bukan mahu menumpang kasih, mahupun menumpang rasa kebahagiaan itu, tetapi aku hanya meminta agar segala kebahagiaan itu tidak ada pasang-surutnya. mengertilah, jerih payahku memikul, mendayung gelombang hidup ini sendirian.

disaat ini, aku mengenang semua insan yang telah pergi, tokwan, abah, farhan, moga kalian aman di dunia sana.

buat sahabat, terkenang aku pada kalian semua, momen-momen indah yang dikongsi bersama, amirul, fadzlan, azan, shahrin, faizal hashim, syahmi, firdaus, bobby, aizat, emy.

Wednesday, July 13, 2011

Unreply SMS...

Cengkerik berbunyi senada seirama, skrin handphone di depan, dipandang dengan hati kosong bagai tak bernyawa. Saat ini, unreply SMS membuah 1001 tanda tanya, tidurkah, agak lewatkah, berbagai persoalannya. Bila suria menjengah pagi esok, harapnya ada yang membalas semula. Dan fajar kini, berita gembira itu ada. Selamat pagi semua!!! ;)

Diluar Dimensi Norma

Dengan penuh stigmanya, norma biasa ini pergi dengan menimbulkan krisis-krisis lelah bercanggah kenormalan hidup. Jika diteliti, bukan tiada korelasi, namun amat payah diterima. Dinamiknya, keberadaan kamu perlu adil diantara dua dimensi ini, norma yang diterima, dan yang dicemuh. Jangan mengalah!

Hai! Coming Soon Dr.!

Lewat masa ini, pertama-tamanya bukanlah sesuatu yang biasa. namun, setelah dikenali segala rantaian dan teka-teki logikanya, bukanlah sesuatu yang mustahil. Hadir kamu sebagai sahabat setia, hadir kalian sebagai semangat api meneruskan kehidupan. Jangan dipersiakannya, kecapi momen-momen ini dengan penuh makna. Moga berakhir dengan kebahagiaan hendaknya disana. Amin...

Tuesday, July 12, 2011

jgn dihampiri jika tiada dayanya

terkedu melihat bagimana hati ini dibahagi-bahagi, terguris dengan segala norma yg tidak norma di mata lain. bagaimana mungkin segalanya diperbaiki andai dalam hati sangsi. aku bukan kamu, jgn diandaikan segala tanggapan. justeru, jgn dihampiri jika tiada dayanya.