perjalanan hidup ini masih panjang lagi, banyak ranjau dan duri. bila aku lemah, bukan bermaksud aku goyah. bila aku meluahkan, bukan bermaksud aku berkeluh kesah.
mengertilah, percaturan hidup ini amat payah. terkadang diri terbawa dengan hati yang mengikut perasaan. terkadang berfikir dengan akal yang matang waras.
selagi engkau manusia, fitrah sebegini ada dengan kamu. lumrah kamu sebegini rupa. maka janganlah dijuah-juahkan, dijelik-jelikkan dan dimainkan-mainkan setiap kata dan tingkah itu.
hidup ini pentas dugaan dunia, kuat akal, semangat dan hati akan menabur benih-benih syurga di sana. usaha cekal akan menjadi baja benih-benih syurga itu.
khilafnya kamu mengikut kata hati, jangan dijaja sebesar dunia salahnya. ada ketikanya khilaf itu mengajar tentang keduniaan yang sifatnya sementara. jangan dirasakan kecewa andai tiada upayanya. jika benar itu dunia semata, biarkanlah.
berharap pada payung rahmat dan redha ALLAH, pasti segala dugaan dilihat indah saja. dugaan itu sekadar membatasi kemampuan dan benteng imannya. kuatkan hati, cekalkan semangat, redhakanlah hati, hilangkanlah segala rasa gundah, buang rasa kecewa, pasti kemanisan itu lahir disetiap kepayahan meniti rencam kehidupan ini.
lentera lilin kehidupan yg kdg-kdg cerah cahayanya disebalik gerak tari awan-awan kelabu pengalaman
Mukadimmah
Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.
Sunday, July 17, 2011
Perjalanan Ini Masih Jauh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment