Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Tuesday, July 19, 2011

Lembaran ini Wasiat Buat Diri

Bertemankan cahaya bulan malam, pena ini menulis lagi. Kali ini, bukan kisah duka, hampa, sedih menyelubungi, tetapi satu lembaran baru kehidupan.

Satu sketsa hidup untuk dilayari, rencananya sama saja, cuma olahan dan tingkahnya berbeza. Di dalam bait-bait detik hidup, segalanya akan tersimpan kemas. Dalam setiap stanza kehidupan, semuanya akan dengan pasti diatasi.

Atas nama lembaran kehidupan baru ini, jangan kalah mahupun rasa tandus lagi, walaupun bayak kata suara lain yang mungkin berucap penuh egois, biarkanlah. Aku tetap aku, kamu tetaplah kamu dan kalian tetaplah kalian.

Justeru, tangan menadah memohon ke atasNya. Biar dipermudahkan segala. Pasti awan mendung kelabu itu beransur berarak pergi menjauh. Kelihatan gerak tari riang senang pelangi bertingkah sealun dengan nada gembira kehidupan mendatang. Bakal berbahagialah hati ayng berharap ini. InsyaAllah, amin…

No comments: