Usai solat subuh aku dengan adik terus bergerak ke warung bunian. Dengan bantuan encik maps kami sampai sekitar jam 7.15 pagi memulakan perjalanan dari umah kakak di presint 8 putrajaya. Waktu awal macam ni pun hampir penuh meja meja dengan ramainya orang menikmati sarapan di warung ni.
Lokasi warung ini terletak di kawasan berbukit. Jadi parkir kereta juga tidak lah jauh cuma harus berjalan samada menuruni bukit atau menaiki bukit. Latihan kecergasan sikit sebelum menikmati jumlah kalori nasi lemak dan roti canai yang agak tinggi tu.
Sampai sahaja di warung ini, adik duduk di meja dan aku beratur untuk memesan sarapan. Konsep beratur, pesan dan bayar dulu sebelum makan terpakai di sini. Waima sudu, garfu, tisu, gula paket juga kena layan diri sendiri. Menu istimewa di sini adalah nasi lemak telur bungkus. Bahan telur bungkus terdiri daripada pastinya telur dan tambahan sambal ikan bilis dipukul sebati dan dituangkan di kuali leper roti canai. Hampir masak, nasi lemak ditekup kemudian dibungkus dalam telur tu. Selain menu istimewa ini, terdapat juga roti canai dengan kuah dhal yang sedap juga rasanya. Selesai membuat pesanan, bayar rm10.80 untuk sarapan berikut:
1. Nasi lemak telur bungkus 2 pinggan
2. Roti canai kosong sepinggan
3. Nescafe o panas
4. Milo kosong ais
2. Roti canai kosong sepinggan
3. Nescafe o panas
4. Milo kosong ais
Memandangkan tiada senarai menu dan harga, jadi bayar sahaja seperti yang juruwang minta. Bagi aku harganya berpatutan. Dah siap pesan dan bayar, aku duduk menunggu di kerusi meja adik aku duduk tadi. Waktu buat pesanan tu juruwang tanya nombor meja, akupun terpinga-pinga nak beritahu nombor meja sebab tiada nombor diletakkan di meja. Jadi juruwang beritahulah secara lisan dan perbuatan dengan tunjuk meja depan dia ni nombor satu dan seterusnya ke kanan. Jadi yang dulu kita belajar peta, susun atur dan matematik tu terpakai di sini. Setelah pasti, aku pun beritahu aku duduk di meja nombor empat di tengah. Lagi satu lepas siap buat pesanan dia tanya nama jugak. Jadi sebut nama betul-betul jangan salah pulak. Kalau nama unik sangat tolong ejakan nama tu ya. Nanti tak pasal-pasal pesanan tak sampai, makan angin dan naik angin la satu badan. Sendiri yang silap jangan marahkan orang (hihihi). Selesai beratur, pesan dan bayar duduklah dengan sabar menanti pesanan sampai. Sekitar 10 ke 15 minit pesanan sampai. Alhamdulillah, jemput sarapan ya semua. Bismillah~
#warungbunian
#sarapan
#nasilemaktelurbungkus
#roticanai
#sarapan
#nasilemaktelurbungkus
#roticanai
No comments:
Post a Comment