Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Friday, December 1, 2017

Nasi Ayam Gemas Pak Mus

Selesai solat jumaat di masjid berdekatan. Kami ke restoran nasi ayam ni. Boleh cari lokasi di maps atau waze dengan carian NASI AYAM GEMAS PAK MUS.



Hari ni agak ramai pelanggan jadi selepas buat pesanan, menunggu makanan sampai agak sedikit mengambil masa yang lama. Pesanan diambil di meja makan.

Istimewa nasi ayam ni kuantiti nasi dan ayam nya yang banyak dengan hanya berharga rm7.50 sepinggan memang berbaloi. Restoran sentiasa penuh dikunjungi pelanggan dari pelbagai kaum, bukan melayu sahaja yang menikmati kesedapan nasi ayam ni. Hanya satu (1) jenis ayam yang disediakan iaitu ayam panggang dengan minyak bijan. Sepinggan nasi ayam dihidang dengan sambal cili dalam mangkuk kecil, semangkuk sup ayam kosong dan sos kicap yang dituang di atas sepinggan ayam dengan timun. Rasa dan saiz hidangan yang disediakan tidak mendukacitakan, sedap dinikmati dan boleh dikatakan antara yang tersedap pernah dimakan.


Waktu operasi restoran, harga nasi ayam dan minuman boleh dilihat di gambar gambar yang sempat kami ambil semasa menikmati nasi ayam yang sedap ni.




No comments: