mengenali sahabat datang & pergi sepanjang perjalanan hidup, kadang-kadang capai bahagia, kadang-kadang cipta sengketa, kadang-kadang berkongsi suka duka... namun, banyak mana hidup kamu untuk berkongsi segalanya, mengingati setiap waktu itu yg menjadi tanda tanya... hidup bukan semuanya utk sendiri kerana hidup ini belajar untuk saling berkongsi dan hanya maut yang akan meninggalkan kamu sendirian kesunyian...
bila mana kata-kata selalu jadi sengketa, bila mana tingkah juga jadi permusuhan... maafkanlah, membungkam tak tau titik tmpt mula untuk bkata semula... jauh di hati, telah lama memaafkan... bukan dek kerana egoism tak bertempat, tapi takut akan merasa kehilangan lagi... mengertilah~
lentera lilin kehidupan yg kdg-kdg cerah cahayanya disebalik gerak tari awan-awan kelabu pengalaman
Mukadimmah
Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.
Wednesday, February 1, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment