lentera lilin kehidupan yg kdg-kdg cerah cahayanya disebalik gerak tari awan-awan kelabu pengalaman
Mukadimmah
Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.
Wednesday, February 8, 2012
Mayafana
melihat pada alam mayafana ini, hati sering tertanya, apakah perlu segala bagai kesenangan? melihat juga pada kebahagiaan insan-insan lain, perasaan terusik, bagaimana harus dikecapi? tersentuhlah hati, terusiklah jiwa pada segenap ruang dunia ini, mungkin belum sampai ke tahap mengecapi keredhaan Illahi, hanya demi redha itu yang harus dicari... hidup ini tidak lama, bila waktu menginjak melewatkan usia, tertanya, apakah mampu merempuh segala ranjau duri onak duka? mungkin, bila tiba masanya, bila mana harus mengerti, harus memahami bahwa kehidupan bukanlah jalannya seperti yang diolah dengan acuan pelbagai rancangan, namun usaha itu harus cekal, tidak larut kerana asidnya kegagalan... harapan bila tibanya saat kemungkinan, mampu digapai segala mungkin itu menjadi peluang yang menitipkan rancangan rencana kehidupan agar menjadi suatu yang diimpikan... percayalah pada diri, benarkan diri mengemudi lautan hidup ini berpaksi pada pencarian demi keredhaan Illahi yang hakiki...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment