Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Monday, February 6, 2012

Memorabilia

saat ini, momen ini indah... bukan seringkali hidup itu susah, sedih, berduka... hargailah kenangan manis, suka, bahagia dengan hilai tawa ini... itulah makna hidup ini, sebahagian indah, sebahagian lagi sebaliknya... kalau benar hidup kelak nanti beroleh bahagia nanti, mungkin ini bibit-bibit, mungkin juga bait-bait kecil meniti... insyaAllah, amin~

No comments: