Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Tuesday, April 27, 2010

Jangan Ada Benci

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Di sudut hati

Saturday, April 24, 2010

Perginya Seorang Lagi

agak lewat semalam aku pulang ke rumah. ni sume gara2 menjawab paper criminal yg aku pun x tau resultnye cmane nanti... sampai je kt umah, terlihat susuk tubuh mak aku yang terbaring kt sofa ruang tamu... demam agaknye, telahanku... lepas selesai solat maghrib, seperti biasa aku mule asingkan pakaian untuk dibasuh nanti... penat jawab paper pun x habes lg dh kene basuh baju pulak... yang sedihnye mesin basuh tu pengeringnye dh rosak, makanye terpaksela aku gune 2 tangan aku ni bilas sekuat hati... haish...

sambil2 aku basuh baju tu, aku basuh ayam, permintaan abang aku nk makan sambal ayam pulak, so sebab mak aku x leh nk bangun masak, kenela aku yg buat... potong bawang, blend cili, goreng ayam... hasilnya, dr kul 9 aku buat, kul 10.30 baru boleh makan... lambatnyela aku masak... huhu...

time aku gerak ke ruang tamu, tetibe mak aku tanye, "fendi tau x suami kak ijan dh meninggal?" aku kate x tau... rupe2nye time aku telefon mak pg jumaat, mak dh kt umah kak ijan aku, menunggu jenazah di bawa pulang... al fatihah buat abg shaharman... kisahnya, ari kamis ptg die kesejukan mcm nk demam, so die selimut satu badan & tido, kebetulan ari tu ari jadi anak die, kak ijan aku ni kt luar cari kek anak die... balik je rumah, suruh anak2nye kejut ayah tp dieorg kate ayah x nk bangun... lepas tu, barulah kak ijan aku sedar yg suami die dh meninggalkan die...

jika kalian ingat selepas ayahku meninggal, kakaknye turut mengikut ayah ku bile meninggal pada bulan januari & lepas tu bekas suami die turut meninggal dunia dlm koma pada bulan februari dan sekarang, suami kak ijan aku pula turut mengikuti jejak langkah saudara mara ayahku... dalam tempoh dua tahun ni, ramai yang telah pergi...

dan ari ni, mak aku masih x boleh bangun seperti biasa lg... makanye, aku td makan sambal ayam semalam & goreng telur dadar sebagai lunch aku arini... takpelah, ptg nanti mungkin mak dh boleh bangun dh... berehatlah ye mak, takpe fendi boleh keje sendiri... sekarang aku pun rase mcm dh nk sakit pulak... sakit tekak, batuk & selsema... makan ubat nnt oklah tu...

Kelam Kabus Cahaya

segalanya kelam untuk detik ini,
tentang hidup,
tujuan hidup,
cerita suka duka,
impian juga begitu jadinya...

dari sudut kaca mata manusia,
terlihat sudah bibit-bibit dugaan besar,
hati mula bertanya:
mampukah? kuatkah? segala macam kah,
yang akhirrya berderai tawa kah kah kah!!!

sukar untuk di mengertikan semua ini,
di mana letaknya lipatan kenangan indah dulu,
kini, ingin sekali pergi jauh,
jauh dari segenap rantau ceruk hiruk pikuk hati,
yang selalunya berdentum dentam guruh bunyinya...

besarnya nilai kehilangan seseorang yang disayangi,
sungguh aku tak menduga ini semua terjadi,
kini mencari yang hilang,
pasti tak mungkin ku temui,
hanya Kamu yang sentiasa di sisi...

Wednesday, April 21, 2010

Kejamkah Aku?

terkadang dalam hidup ini terlalu mengikut ombak lautan emosi yang selalunya menghempas badai tanpa belas kasihan... mungkin benar, sungguh dalam keadaan yang jarang mengikut haluan emosi dan akal, maka emosi itu pasti menyentak segenap ruang akal dan hati tanpa memikirkan hati dan perasaan insan lain... sungguh benar, khilafnya tindakan ini memungkinkan hilangnya nilai-nilai kasih dan persahabatan yang selama ini sedia terjalin utuh kuat sekuat tembok ghaib binaan iskandar zulkarnain...

hanya kerana itu, terkadang-kadang jua fikiran selalu mengatakan adakah yang berlaku ini semata menuntut keupayaan diri dalam mengatasi segala payah jerih ujian hidup ini... sungguh betul, terkadang-kadang jua hati ini menuntut seribu satu jawapan mengapa diperlakukan sebegitu...

Ya Allah, dalam aku menghadapi semua ini, benarkanlah segala apa yang berlaku di hadapan mata ku ini... sungguh jasad ini menjadi saksi atas semua yang berlaku selama ini... bukan kehendak aku untuk menbentuk acuan hidupku yang sebegini sejak dulu... jangan kerana refleksi zahirku menjadi agen untuk kalian melontarkan segalanya sewenangnya tanpa memikirkan reaksi aura positif mahupun negatif dari semua itu...

sungguh benar pintaku... jangan sesekali di tengah-tengah pelayaran hidupku ini, ada saja badai yang sukar menerima diriku seadanya... bila itu berlaku bukan atas kehendak ku, sungguh aku sukar melayarkan kembali segala rasa manis, suka, riang dan gembira bersama... bukan berdiri atas prinsip chauvinism namun terkadang harus tunjuki sifat 'kuat' di sesetengah mata insan lain...

maafkan segalanya tentang diriku...

Tuesday, April 20, 2010

Exam owh Exam!!!

tinggal a few days je lg tuk aku tempuh sume ni... kepada sume mohon ampun maaf atas sume khilaf selama ni...

Persona Non Grata - di Kesempatan ini

menyedari hakikat bukan itu kehendaknya, namun pada mulanya gusar itu menjadi satu tanda tanya, gusar bukan pada segala isi perkara yg terjadi, tetapi gusar itu ibarat suatu bayang-bayang yang berjaya mencari agenda 'curiosity' setelah lama ianya menyepi...

terasa amat kecil dunia ini bila semua yang terpampang di depan mata ibarat suatu tabir kaca kalis kepada segala kecelaruan, kebingungan dan kegelapan walhal bila terkeluar segala yang kalis itu, terbungkam rasa, terkaku akal seketika...

memikirkan ini bukanlah suatu yang janggal, apalah kiranya ratapan perkara itu ditatapkan umum namun ibarat menutup bangkai gajah, segalanya serba serbi tampak mudah, apakah nilai toleransi, kejujuran, hormat pada sebuah tali kasih sayang hidup itu sudah jauh nun tertinggal di belakang?

bodoh, telahan ini menjadikan sesuatu itu menjadi tidak seperti sepatutnya terjadi, andai begitu jangan segala andaian dan tanggapan dibuat sewenanangya tanpa menyedari sesungguhnya insan non grata ini bukanlah yang mencari segala isi ruang menyelinap ke segenap rasa kesempatan yang ada...

di sebalik segala ini, kesempatan ini menjadikan pengertian pada suatu perkara yang sukar didefinasi, mengapa ini semua harus terjadi, tidak kisahkah pada setiap hubungan yang pernah dimiliki?

untuk kesekian kalinya, biar apapun yang terjadi janganlah sesekali memandang sepi pada setiap yang terjadi, sungguh benar coretan itu suatu perkara yang mudah, tingkah itu suatu yang amat payah, namun yang menjadi titik noktah adalah kesanggupan menerima serba serbi ruang kesermpurnaan dan kekurangan...

sungguh aku insan persona non grata ini, sekadar marhaen yang mengutip cebis-cebis rasa manis, tawa, sepi, pahit, sedih kehidupan, yang pasti entengnya fikiran memikirkan semua ini, tidak perlu menoleh lagi...

Friday, April 16, 2010

Kata Hati Seraya Akal Jua Bicara

berpayah jerihku menatang setiap titisan cabaran,
mungkin pada saatnya nanti akan ku gapai maksudnya,
namun, pada saat ini, hati dan akalku berkata:
"adakah saatnya bakal tiba?"
mungkin juga pada saat ini, mereka lain bicara:
"biarkan saja semuanya"
andai itu duang yang kalian mahukan.

di segenap lapangan hidup ini,
tidak semua impian bakal menjadi tugu ingatan kehidupan,
ingatan manis riang tawa bahagia,
mahupun pada duka pahit getir ujian,
kerana kamu hamba yang menjadi insan seni,
maktub kamu pada tangan Nya,
terikat kamu dengan kekuasaan Nya,
payung kamu pada keredhaan Nya,

justeru, doa menjadi tingkat puncak,
menzahirkan segala segi usaha daya,
namun, apakan daya goyahan menyentak,
segala isi buana usaha,
yang kini terus menjadi tanda tanya.