Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Saturday, April 24, 2010

Kelam Kabus Cahaya

segalanya kelam untuk detik ini,
tentang hidup,
tujuan hidup,
cerita suka duka,
impian juga begitu jadinya...

dari sudut kaca mata manusia,
terlihat sudah bibit-bibit dugaan besar,
hati mula bertanya:
mampukah? kuatkah? segala macam kah,
yang akhirrya berderai tawa kah kah kah!!!

sukar untuk di mengertikan semua ini,
di mana letaknya lipatan kenangan indah dulu,
kini, ingin sekali pergi jauh,
jauh dari segenap rantau ceruk hiruk pikuk hati,
yang selalunya berdentum dentam guruh bunyinya...

besarnya nilai kehilangan seseorang yang disayangi,
sungguh aku tak menduga ini semua terjadi,
kini mencari yang hilang,
pasti tak mungkin ku temui,
hanya Kamu yang sentiasa di sisi...

No comments: