Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Wednesday, April 21, 2010

Kejamkah Aku?

terkadang dalam hidup ini terlalu mengikut ombak lautan emosi yang selalunya menghempas badai tanpa belas kasihan... mungkin benar, sungguh dalam keadaan yang jarang mengikut haluan emosi dan akal, maka emosi itu pasti menyentak segenap ruang akal dan hati tanpa memikirkan hati dan perasaan insan lain... sungguh benar, khilafnya tindakan ini memungkinkan hilangnya nilai-nilai kasih dan persahabatan yang selama ini sedia terjalin utuh kuat sekuat tembok ghaib binaan iskandar zulkarnain...

hanya kerana itu, terkadang-kadang jua fikiran selalu mengatakan adakah yang berlaku ini semata menuntut keupayaan diri dalam mengatasi segala payah jerih ujian hidup ini... sungguh betul, terkadang-kadang jua hati ini menuntut seribu satu jawapan mengapa diperlakukan sebegitu...

Ya Allah, dalam aku menghadapi semua ini, benarkanlah segala apa yang berlaku di hadapan mata ku ini... sungguh jasad ini menjadi saksi atas semua yang berlaku selama ini... bukan kehendak aku untuk menbentuk acuan hidupku yang sebegini sejak dulu... jangan kerana refleksi zahirku menjadi agen untuk kalian melontarkan segalanya sewenangnya tanpa memikirkan reaksi aura positif mahupun negatif dari semua itu...

sungguh benar pintaku... jangan sesekali di tengah-tengah pelayaran hidupku ini, ada saja badai yang sukar menerima diriku seadanya... bila itu berlaku bukan atas kehendak ku, sungguh aku sukar melayarkan kembali segala rasa manis, suka, riang dan gembira bersama... bukan berdiri atas prinsip chauvinism namun terkadang harus tunjuki sifat 'kuat' di sesetengah mata insan lain...

maafkan segalanya tentang diriku...

2 comments:

Amirul Syafiq Mahadi said...

aapehal aura2 plak niiiiiiiiii

adam de souza said...

seswai ngan muka lor... hahahaha