Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Friday, April 16, 2010

Kata Hati Seraya Akal Jua Bicara

berpayah jerihku menatang setiap titisan cabaran,
mungkin pada saatnya nanti akan ku gapai maksudnya,
namun, pada saat ini, hati dan akalku berkata:
"adakah saatnya bakal tiba?"
mungkin juga pada saat ini, mereka lain bicara:
"biarkan saja semuanya"
andai itu duang yang kalian mahukan.

di segenap lapangan hidup ini,
tidak semua impian bakal menjadi tugu ingatan kehidupan,
ingatan manis riang tawa bahagia,
mahupun pada duka pahit getir ujian,
kerana kamu hamba yang menjadi insan seni,
maktub kamu pada tangan Nya,
terikat kamu dengan kekuasaan Nya,
payung kamu pada keredhaan Nya,

justeru, doa menjadi tingkat puncak,
menzahirkan segala segi usaha daya,
namun, apakan daya goyahan menyentak,
segala isi buana usaha,
yang kini terus menjadi tanda tanya.

5 comments:

Amirul Syafiq Mahadi said...

cur je hari2 umah adam

fendi razali said...

sape yg cur???

fakhriyahramli said...

puisi kamu sedap..suka singgah di sini...

fakhriyahramli said...

selamat maju jaya.. semoga allah membimbing kamu kepada kejayaan. allah yahdi kum ilal khair wa yah dikum ilannajah..

fendi razali said...

owh trimas byk2...