Innalillahiwainnailaihirajiun...
Setelah 6 bulan makcik sebelah ayahku bertarung dgn kanser payudara yg dikesan oleh hospital telah ke tahap tiga iaitu tahap kanser yg serius... makcik aku menghembuskan nafas terakhirnya di hospital selepas waktu zohor smlm bertarikh 25hb Januari 2010... Sungguh aku rasa sedih tp Allah lebih menyayangi dirinya...
Kini disebelah keluarga ayahku, hanya tinggal seorang saje lg yg masih panjang umurnya... semua adik-beradik ayahku yang lain telah meninggal dunia...
Ironinya, kakak sulong ayahku meninggal pada November 2008, abang kedua kpd ayahku meninggal pada April 2009, ayahku meninggal pada 26hb September 2009 dan kini kakak keduanya meninggal pada April 2010... Aku melihat garis masa ini sebagai satu tanda bahawa adik-beradik ayahku seolah-olah telah berjanji untuk hidup dan mati pada waktu yang sama... pemergian kalian semua amat dirasai...
Semoga roh & jasad mereka aman bersemadi di alam sana...
Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau ampunilah segala dosa yang telah mereka lakukan,
Tempatkanlah mereka di kalangan org yg beriman,
Lapangkan & luaskanlah kubur mereka,
Terangilah dengan cahaya keredhaanmu,
Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengasihani lg Maha Menyayangi,
Sesungguhnya setiap yg bernyawa pasti menemui ajalnya...
Al Fatihah buat kalian semua...
lentera lilin kehidupan yg kdg-kdg cerah cahayanya disebalik gerak tari awan-awan kelabu pengalaman
Mukadimmah
Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.
Tuesday, January 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment