Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Monday, January 18, 2010

Andai Ini Suratan-Nya

Setelah acapkali aku rasakan dunia ini bagai tidak adil untukku,

Aku palingkan minda dan fikiranku jauh dari segala rasa gagalku,

Moga setiap kali aku melakukan begitu,

hatiku tenang tanpa banyak persoalan ragu-ragu,

Agar aku memikirkan ada jiwa-jiwa insan yang lebih duka derita daripadaku,

Namun, andai hati goyah, andai diri layu, andai jiwaku ragu,

Mampukah entiti positifku memansuhkan segala kepayahan, kedukaan itu?

Dalam hidup ini, aku tidak minta digilai mahupun diminati,

Cukup ada dalam ruang lingkup hidupku ini,

Teman-teman, rakan-rakan dan insan-insan berjiwa mulus menemani,

Agar setiap kali aku merasai diriku seakan dikuasai entiti negativiti,

Manusia-manusia inilah membangkitkan dan meneutralisasikan kekacauan diri,

Menjadi banteng imun melebihi segala lapisan zarah negatif dalam diri,

Apakah wujud segala macam bentuk dan jasad bersifat begitu dalam dunia ini?

Justeru, langkah diteraju perlu mengatur santun berwaspada,

Agar tidak khilaf dan hina memilih segalanya,

Dalam menjadi nakhoda yang melayari bahtera hidup sementara,

Harap bahagia di dunia kekal hendaknya,

Atas bukti kelemahan kerana aku bukanlah insan sempurna,

Langsung kadang tersungkur atas lakonan pentas hidup dunia,

Kerana andai ini suratannya, ku akur atas segala ketentuan-NYA.

No comments: