Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Monday, January 18, 2010

Untuk Kawan-kawan (,")(",)



kalau dulu iman tak pergi, mungkin kita tak terpisah"

kini, kata-kata itu telah berkesan dan meninggalkan rindu yang dalam pada seorang teman. hingga lewat ini, kadang-kadang kita terlupa, dalam hidup ini kita tidak mampu berjuang sendiri untuk menentang dan mempertahankan apa yang kita lakukan selama ini. dek kerana itu, lantas seorang teman, menjadi penawar, pendorong, pembakar semangat dan pencurah segala rahsia dalam dan luar pada diri kita.

mungkin suatu masa kita pernah terfikir, kita mampu berjalan sendiri tanpa bantuan sesiapa, tapi sangkaan itu meleset apabila kita tersedar yang kita pernah tersungkur dan bangkit semula atas sebab seorang teman. imaginasi yang ada untuk sentiasa merasa bagus dalam diri sendiri tidak mampu membawa kita terbang lebih jauh tanpa kehadiran seorang teman di sisi.

mungkin ini sudah fitrah manusia itu sendiri, dijadikan hidup di dunia di dalam kelompok golongan tersendiri dan berinteraksi dan saling memerlukan antara satu sama lain. begitu juga kejadian yang berlaku di sekeliling kita, hujan dengan panasnya, matahari dengan bulannya, malam dengan siangnya, bunga dengan kumbangnya. semua ini menjadikan diri kita harus sedar bahawa yang kita tidak bersendirian dalam menongkah arus meredah gelora hidup sendirinya.

dan hingga saat ini, kadang-kadang kita juga terfikir, dimanakah teman yang dulu sentiasa bersama kita. kini hilang entah ke mana. dimanakah teman-teman kita yang sanggup berjuang sesama kita dalam mencari erti hidup yang sebenarnya. dan pada masa ini, kita mula merasakan bahawa teman itu tidak lain hanya sementara sahaja dan hadir ibarat angin lalu yang mudah saja datang dan pergi.

kini, setelah lama aku mencari, baru aku temui insan yang bernama teman yang pernah aku sanjungi dan kasihi dahulu. mungkin dia juga sudah melupakan aku tapi bagi aku, selagi hayat ini masih dalam hidupku, tidak mungkin segalanya akan tepadam begitu sahaja. di saat ini, teringat kembali, segala detik waktu yang pernah kami lalui dulu sewaktu hidup sebagai teman dan rakan. aku juga teringat bagaimana cara aku mula mengenali dirinya, segala tidak dirancang tetapi atas kerana ketentuanNya aku dan dia dipertemukan menjadi sahabat yang baik. sehingga saat ini aku langsung tidak pernah memikirkan segala yang buruk tentang rakanku ini walaupun sudah lama berjauhan, aku tetap menyimpan hasrat dan percaya bahawa, walapun bagaimanapun aku pasti akan bertemu juga dengannya. aku selalu ingat bahawa tuhan itu sungguh penyayang dan adil dengan hambanya. atas kepercayaan inilah akhirnya aku bertemu kembali dengannya. walaupun sekadar melihat dari jauh, hatiku sudah merasa puas dan gembira akhirnya penantian aku selama ini sudah sampai ke penghujungnya.

aku berharap agar sehingga ke akhir hayatku walau besar manapun cabaran dan halangan yang mendatang, semoga aku dipertemukan atas dasar menyayangi seorang teman kerana dialah tempat aku bergantung harap, menyandar segala kepercayaanku, terbang bersama mencari pengalaman dan menimba ilmu di dunia ini. semoga pertemuan ini tidak akan berakhir dengan sebuah perpisahan yang menuntut penantian meniti masa dalam meneruskan kehidupan ini. semoga aku berkekalan bersahabat bersamanya dalam membina kebahagiaan kehidupan dan impian yang aku impikan selama ini.

Insya Allah...

Amin ya rabbal alamain...

No comments: