Mukadimmah

Renungilah bahawa orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Justeru, hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. Kehidupan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Monday, January 18, 2010

Disaat & Waktu Ini








ku labuhkan tirai redhaku,
menatang semangat kental,
berjuang dengan kesabaran,
melayari bahtera hidup penuh dugaan,
demi hidup sementara ini,
moga mampu bertahan.


namun dalam meniti hari demi hari,
ku lihat awan cerah bertukar mendung,
langit indah bertukar murung,
bahang siang berubah dingin salju,
terngiang sentap di benakku,
mungkin hidup ini tak selamanya begitu.


tertinggal jauh dari kasih itu,
benang sayang semakin lusuh,
erat rindu mesra terpintal kusut,
cerahnya tautan bahagia makin pudar,
urat denyut nadi makin kurang getarannya,
apakan daya secebis marhaen cuma.


selamatkanlah tunggak hidupku,
dekatkan aku dengan kasih itu,
leraikanlah rindu mesraku,
moga tautan bahagia itu makin ku rasa,
agar kuat ku rasakan denyut urat nadinya,
kerna Maha Kasihmu kabulkanlah doaku.


ya Allah,
ampunkanlah dosaku & kedua ibubapaku,
berikanlah aku keredhaan Mu,
payungkanlah rahmat Mu ke atasku,
moga sabar dalam imanku,
tabahkanlah aku dengan ujian Mu,
agar aku tenang selalu,
Amin.

No comments: